Monday, January 24, 2011

Lindungilah Kulit Anda Dari Cahaya Matahari


Kulit manusia merupakan bahagian yang paling penting bagi tubuh kita manusia.Luas permukaan kulit antara sekitar 1,6 meter persegi untuk seorang wanita, 1,8 meter persegi untuk seorang lelaki, membuat kulit menjadi organ tubuh paling besar dan luas dalam tubuh manusia. Namun, kulit dapat rosak terutamanya kerana sinaran matahari. Sinaran matahari pada kulit dapat menyebabkan kancer kulit. Oleh yang demikian bagaimana untuk melindungi kulit anda dari sinaran matahari dengan betul dan apakah kebaikan sinaran matahari terhadap kulit kita?


Kulit kita mempunyai sistem perlindungan alamai iaitu lapisan melanin. Semakin coklat warna kulit kita maka semakin tebal lapisan melanin pada kulit anda sehingga memberi perlindungan lebih banyak bagi kulit anda sehingga memberi perlindungan lebih banyak bagi kulit kita.Oleh kerana itu,orang di Afrika rendah sekali terkena kancer kulit kerana perlindungan mereka sangat kebal untuk menghadang radiasi ultraviolet (UV).Namun,bagi mereka yang berkulit putih memiliki lapisan melanin yang nipis.Oleh yang demikian,semakin putih kulit seseorang,semakin mudah terdedah oleh radiasi ultraviolet(UV).

Seperti mana yang kita tahu,sinaran matahari adalah sangat bahaya dari radiasi ultraviolet(UV) matahari,maka kulit perlu dilindungi walupun tubuh badan kita telah mempunyai sistem perlindungan alami.”Sunburn” akibat radiasi sinaran matahari boleh menjadi kancer kulit 20tahun kemudian atau lebih dari itu.Oleh yang demikian,perlindungan bagi kulit terhadap sinaran matahari perlu diperhatikan mulai dari sekarang.

Disini ada beberapa cara untuk melindungi kulit kita dari bahaya sinaran matahari serta mengurangi risiko terkena kancer kulit:

1.Elakkan terkena sinaran matahari antara pukul 10.00pagi sampai pukul 4.00petang kerana pada masa ini radiasi ultraviolet (UV) yang berbahaya sedang pada puncaknya iaitu pada masa matahari sedang terik-teriknya.

2.Sebelum melakukan aktiviti di luar,gunakanlah lotion perlindungan kulit supaya kulit kita tidak mudah kena “sunburn”.

3.Perlu pakai pakaian yang melindungi kulit seperti topi dengan bibir topi yang lebar ,kaca mata hitam,seluar panjang,baju berlengan panjang,ataupun jaket.

Lindungi kulit anda .

Sinaran matahari sangat penting bagi kehidupan dibumi.Namun,anda perlu memperhatikan dengan serius cara melindungi kulit anda dari sinaran matahari dengan mengambil langkah yang sesuai untuk melindungi kulit anda dari sinaran matahari supaya dapat mengurangkan kerosakan pada kulit.



No comments:

Post a Comment