Tuesday, September 6, 2011

RINDU

saya sangat merindukan seseorang yang saya sayangi.apabila kami berjauhan saya akan sentiasa termimpikan dia.asik2 dia je dalam fikiran saya.memang mcm ni lah kalau kita telah dilamun cinta.apabila kita dilamun cinta ni,setiap saat pasti senyum..sebab teringatkan seseorang yang tersayang.Anyway... miss u so my baby.

Monday, May 2, 2011

kecantikan ruang tamu


Bagi saya kecantikan ruang tamu adalah sangat penting,ini adalah kerana ruang tamu adalah tempat melayan tetamu,istirehat sebagai tempat berehat dan berinteraksi antara ahli keluarga contohnya, membaca surat khabar dan menonton televisyen dan sebagainya.

Kebersihan ruang tamu ini adalah sangat penting juga kerana ini adalah tempat untuk tetamu kita oleh itu,kita haruslah hormat kepada tetamu dengan membersihkan ruang tamu dan sediakanlah satu bekas tong sampah kecil di bawah meja tamu kita untuk elakkan daripada membuang sampah sebarang dan memudahkan kita sendiri juga supaya kita tidaklah berulang-alik ke dapur untuk membuang sampah yang kecil sahaja.

Selain daripada itu,kita juga harus bijak untuk menghiasi ruang tamu kita dengan meletakkan perabot yang sesuai.Contohnya,meja,sofa,bunga hiasan meja,gambar hiasan dinding dan sebaginya.Semuanya ini boleh menarik perhatian tetamu dan boleh memberi ketenangan bagi jiwa mereka.

Sunday, April 17, 2011

Kecantikan Mata




Saya suka mata yang sentiasa dihiasi dengan bermacam ragam.Contohnya kaca mata hitam,dihiasi dengan make-up,kanta mata yang pelbagai jenis dan warna.Disini saya ingin kongsikan bersama dengan kita orang semua mengenai kecantikan mata.

Saya seorang gadis yang sangat gemar untuk memakia cermin mata hitam yang bentuknya sesuai dengan saiz muka saya.Tetapi kadangkala saya suka juga memakai cermin mata yang bersaiz besar dan bergaya mengikut keadaan yang sesuai.Saya suka memakai cermin mata hitam ini di pantai,shopping complek,didalam kereta jika waktu siang sahaja.Kadang-kadang saya tengok orang lain,mereka memakai cermin mata hitam ini terlebih masa makdus saya waktu malam juga mereka hendak juga memakai cermin mata hitam ini akan menjejaskan kesihatan mata anda.

Kemudianya,jika kita memakai kanta mata yang berwarna-warni ia akan membuat mata kita lebih cantik,comel,ayu,dan kacak.Tetapi,kita harus lah pandai untuk menjaganya selalu.Ia boleh merosakan mata anda jika tidak dijaga dengan betul.

Seterusnya,jika kita menggunakan bulu mata palsu ia juga akan menampakan mata kita lebih cantik dan menawan dan make-upkan mata dengan eyeliner yang berwarna hitam ia akan nampak lebih cantik sekali.

Selalunya mata yang diambil perhatian terlebih dahulu jika orang memandang kita dan menilai kita.

4 Tips untuk menjaga mata anda:

1.Gunakan cermin mata hitam jika anda terkena cahaya matahari.

2.Gunakanlah krim perlindungan sekeliling mata anda untuk elakkan mata anda nampak hitam.

3.Gunakanlah eyesmore bagi perlindungan mata anda jika mata anda rasa pedih.

4.Makanlah lobak untuk kesihatan mata anda.

Monday, April 4, 2011

Kecantikan Taman Idamanku


Taman idaman saya adalah taman bunga. Saya adalah seorang gadis yang suka akan kecantikan tanam, terutamanya saya suka taman bunga.Ini adalah kerana saya suka melihat warna,corak,bau wangi bunga tersebut yang menarik perhatian saya.Sejak umur saya 9tahun lagi saya sudah minat dengan menanam pokok bunga dihalaman rumah kami dikampung.Bunga yang saya minat masa ini adalah bunga kuning,bunga tahi ayam,pokok inai,dan banyak lagi.Kebaikan untuk menanam pokok bunga ini adalah untuk menjaga alam sekitar kita,dan juga kesihatan kita semua.Bagi saya,jika sesebuah taman itu tidak mempunyai bunga di dalam taman tersebut,ia akan nampak tidak cantik dan keharmonian taman tersebut pun tidak menonjol.Selalunya bunga adalah sebagai perhiasan bagi sesebuah taman,begitu juga dengan seseorang wanita ia nampak tidak cantik kalau tidak memakai make-up untuk menghiasi dirinya tetapi jika cantik dari luar sahaja dalam hati adalah busuk tidak berguna juga sama juga seperti bunga jika nampak cantik tetapi berbau busuk dan rosak tidak guna juga.Oleh itu,rajin-rajinlah menanam pokok bunga dihalaman rumah anda supaya rumah anda akan menjadi perhatian dan cantik selalu.



Tuesday, March 15, 2011


Bagi saya,kecantikan pantai ini adalah dari pasir yang bersih dan tidak mempunyai sampah sarap di merata tempat,nampak sekali pantai tersebut tidak terpelihara.Oleh itu,jagalah pantai kita dengan sebaik mungkin.

Seterusnya,selalunya kecantikan pemandangan dipantai dilihat dari segi pemandangan yang semula jadi contohnya pokok-pokok,serta batu-batu,kayu-kayu,dan rumput-rumput yang cantik sekali ditepi pantai.Tambahan lagi pantainya yang begitu luas sekali.Oleh yang demikian,ramai orang yang ingin pergi ke pantai mengambil masa untuk bercuti,membuat majlis perkahwinan,mandi manda dan banyak lagi lah aktiviti yang kita dapat buat disini.Kerana air laut yang sungguh cantik sekali ini juga dapat membuatkan jiwa kita semakin tenang sekali.





Monday, February 21, 2011

Kecantikan Pemandangan Dikampung HalamanKu (LONG MAKABAR)







Kecantikan pemandangan di kampung adalah sesuatu kecantikan yang semulajadi.Ini adalah kerana,kampung mempunyai alam semulajadi yang sentiasa terpelihara dan tiada pencerobohan berlaku contohnya penebangan hutan yang berleluasan.Maka disini saya ingin menekankan, " SAYANGILAH KAMPUNG DAN ALAM SEMESTA KITA".

Dikampung saya ini hanya terdapat air terjun,sungai,rumah panjang,rumah kebudayaan,rumah ibadat dan sekolah.



1.Air terjun.

:Air terjun ini jika dilihat ia sangat cantik,oleh itu kecantikan pemandangan air terjun ini ialah dari segi airnya dan pertubuhan hutan-hutan yang sangat cantik.. Jika air terjun tidak ada dikampung sya ini kampung akan nampak tidak sempurna.Inilah ciptaan Tuhan yang begitu ajaib.Kita harus bersyukur kepada tuhan atas ciptaannya ini untuk kebaikan kita semua didunia ini.

2.Sungai.
: Apabila kita melihat sungai ia begitu sangat indah sekali kerana ia mempunyai air,batu-batuan ,tumbuh-tumbuhan ditepinya maka ia nampak begitu indah sekali.Airnya pun sangat jernih sekali.Oleh itu,janganlah mencemari sungai kita.Peliharalah sungai kita ini dengan baik.Jika tidak sungai ini tidak lagi dipandang dan tidak disukai ramai.

3.Rumah Panjang
:Rumah panjang adalah rumah orang pada zaman dahulu. Rumah panjang ini selalunya dihiasi dengan ukiran tradisonal orang ulu yang berbangsa kenyah.Dulu rumah panjang ini dibuat daripada atap daun sahaja dan dinding dibuat hanya daripada buluh.Sekarang ini zaman sudah berubah ,kemudiannya atapnya di buat daripada zink dan dinding pula dibuat daripada papan kayu yang bernilai.Tujuan rumah panjang ini dibina adalah untuk menunjukan kesatuan hati semua rakyat dikampung ini.Kecantikan kampung ini adalah ruainya yang begitu panjang dan seragam.

Monday, January 24, 2011

Lindungilah Kulit Anda Dari Cahaya Matahari


Kulit manusia merupakan bahagian yang paling penting bagi tubuh kita manusia.Luas permukaan kulit antara sekitar 1,6 meter persegi untuk seorang wanita, 1,8 meter persegi untuk seorang lelaki, membuat kulit menjadi organ tubuh paling besar dan luas dalam tubuh manusia. Namun, kulit dapat rosak terutamanya kerana sinaran matahari. Sinaran matahari pada kulit dapat menyebabkan kancer kulit. Oleh yang demikian bagaimana untuk melindungi kulit anda dari sinaran matahari dengan betul dan apakah kebaikan sinaran matahari terhadap kulit kita?


Kulit kita mempunyai sistem perlindungan alamai iaitu lapisan melanin. Semakin coklat warna kulit kita maka semakin tebal lapisan melanin pada kulit anda sehingga memberi perlindungan lebih banyak bagi kulit anda sehingga memberi perlindungan lebih banyak bagi kulit kita.Oleh kerana itu,orang di Afrika rendah sekali terkena kancer kulit kerana perlindungan mereka sangat kebal untuk menghadang radiasi ultraviolet (UV).Namun,bagi mereka yang berkulit putih memiliki lapisan melanin yang nipis.Oleh yang demikian,semakin putih kulit seseorang,semakin mudah terdedah oleh radiasi ultraviolet(UV).

Seperti mana yang kita tahu,sinaran matahari adalah sangat bahaya dari radiasi ultraviolet(UV) matahari,maka kulit perlu dilindungi walupun tubuh badan kita telah mempunyai sistem perlindungan alami.”Sunburn” akibat radiasi sinaran matahari boleh menjadi kancer kulit 20tahun kemudian atau lebih dari itu.Oleh yang demikian,perlindungan bagi kulit terhadap sinaran matahari perlu diperhatikan mulai dari sekarang.

Disini ada beberapa cara untuk melindungi kulit kita dari bahaya sinaran matahari serta mengurangi risiko terkena kancer kulit:

1.Elakkan terkena sinaran matahari antara pukul 10.00pagi sampai pukul 4.00petang kerana pada masa ini radiasi ultraviolet (UV) yang berbahaya sedang pada puncaknya iaitu pada masa matahari sedang terik-teriknya.

2.Sebelum melakukan aktiviti di luar,gunakanlah lotion perlindungan kulit supaya kulit kita tidak mudah kena “sunburn”.

3.Perlu pakai pakaian yang melindungi kulit seperti topi dengan bibir topi yang lebar ,kaca mata hitam,seluar panjang,baju berlengan panjang,ataupun jaket.

Lindungi kulit anda .

Sinaran matahari sangat penting bagi kehidupan dibumi.Namun,anda perlu memperhatikan dengan serius cara melindungi kulit anda dari sinaran matahari dengan mengambil langkah yang sesuai untuk melindungi kulit anda dari sinaran matahari supaya dapat mengurangkan kerosakan pada kulit.