Sunday, August 22, 2010

Kecantikan Muka




Pada pendapat saya,kecantikan muka sangat penting dalam hidup saya,kerana muka adalah salah satu anggota tubuh badan kita yang paling berharga.Jika muka kita kelihatan banyak jerawat,muka kita akan makin buruk.Orang lain akan memandang rendah terhadap kita kerana muka kita kelihatan banyak jerawat contohnya,mereka akan mengatakan kita ini pemalas untuk menjaga muka.Maka kita haruslah sentiasa menjaga kesihatan dan kecantikan muka kita sepanjang masa.

Produk yang saya guna adalah,OXY.Bagi saya OXY sangat sesuai digunkan oleh remaja tidak kira lelaki dan perempuan yang sering kali mengalami masalah JERAWAT yang sangat serius.Saya telah mencuba produk ini dalam masa 4bulan yang lepas.Ia akhirnya saya berjaya!! Inginkan muka anda bebas dari JERAWAT ?Ikutilah cara-cara untuk menggunakan produk OXY ini ialah pertama sekali gunkan pencuci muka,kedua gunkan powder lotion,ketiga gunkan moisturizer dan yang terakhir gunakan Acne- Pimple Medication . Semua jerawat saya sudah hilang dan muka saya juga berasa lembut seperti kulit bayi.Sepatutnya,saya harus mengucapkan terima kasih kepada kawan saya(ayung) yang telah memperkenalkan produk ini kepada saya.Dia adalah rakan sekelas saya dikolej.

Sebenarnya,masalah JERAWAT ini adalah pekara normal bagi setiap remaja yang baru meningkat ke alam dewasa.Muka kita berjerawat adalah disebabakan tidak menggawal pemakanan kita.Janganlah makan makanan yang berminyak,kacang,dan sebagainya. Remaja pada masa kini gemar untuk makan makanan ringan dan makanan segera,dalam makanan seperti inilah yang banyak mengandungi kolestrol. Oleh itu kita haruslah mencegah jerawat ini daripada makin bertambah,gunakan sahaja PRODUK yang sesuai digunakan di muka anda.

Disini juga saya ingin mengkongsikan sedikit tentang KENAPA?muka kita kelihatan BERKEDUT sebelum usia kita meningkat.kadangkala masalah kedut ini bukan terjadi kerana usia semakin tua.Ada pelbagai faktor yang menjadikan seseorang itu cepat tua antaranya ialah terdedah pada matahari,merokok,kerap bersalin,tidur yang tidak mencukupi, “STRESS” akibat tekanan perasaan dan persekitaran,dan yang amat ketara sekarang ini ialah bahan kimia yang ada dalam produk-produk yang sering digunkan pada masa kini.

Adakah anda risau dengan parut-parut yang ada dimuka anda contohnya parut jerawat,bekas demam campak,bekas akibat melecur,gigitan serangga, dan pelbagai kecederaan pada kulit?

Parut akibat jerawat boleh dihindari dengan memastikan anda jangan sekali memicit jerawat ataupun membenarkan orang lain memicitnya.Memicit jerawat menyebabkan kerosakan kulit lebih lebih teruk dan mengakibatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak,ini menyebabkan jerawat bertambah dan muka dipenuhi parut.

Sayangilah wajah anda dan sukailah rupa anda seperti yang telah dianugerahkan Tuhan kepada kita.Bersedialah dari sekarang untuk tetap menyukainya apabila sudah tua nanti.Bersyukurlah atas apa yang ada.Wanita yang kelihatan anggun dan cantik semasa lanjut usianya ialah mereka yang menyukupi wajah dan menerima kekurangan yang ada pada rupanya semasa muda. Jika sepanjang hayat kita asyik member tumpuan pada kekurangan diri,sudah tentu kita tidak dapat memperhebatkan kelebihan yang ada pada rupa kita.Seterusnya,bukankah orang yang sentiasa tidak puas hati dengan kehidupannya akan dapat kita lihat wajahnya sentiasa masam,bayangkan jika setiap hari seseorang itu mukanya begitu,bagaimana agaknya 10 tahun kemudian?Tentu sekali muka lebih berkedut,bibir jatuh kebawah dan dahi juga kelihatan berkedut berbanding dengan seorang wanita yang dari muda sentiasa tenang dan bersyukur,maka muncullah airmuka yang sentiasa senyum manis,wanita ini tentu sekali apabila tua kelak akan kelihatan jauh lebih muda dan menarik.

Berhentilah daripada melihat kekurangan rupa paras kita dan berhentilah dari mahu kelihatan seperti wanita cantik idaman kita,maka pada masa itulah kita tahu yang kita juga boleh kelihatan lebih cantik.Berhentilah dari membandingkan diri kita dengan orang lain.

No comments:

Post a Comment