Sunday, August 1, 2010

Kecantikan Rambut

Rambut adalah sebagai mahkota wanita, rambut merupakan bahagian penting dari penampilan. Rambut yang indah dan terawat tentu akan menambah daya tarik seseorang. Itulah sebabnya rambut perlu mendapat perhatian khusus.


Bagaimana cara untuk menjaga rambut kekal indah dan menawan?

Ada beberapa tips yang mudah dilakukan. Agar rambut anda menjadi indah dan menawan, anda dapat mencuba beberapa tips berikut ini:

Ø Amalkan gaya hidup sihat
Tidak merokok,lakukan senaman setiap pagi, dan lakukan penyegaran dan ketenangan agar fikiran tidak menjadi tertekan. Bagi pemakanan pula, anda harus makan makanan yang mengandungi vitamin A, C, E, kerana zat ini yang sangat baik bagi menjaga kesihatan rambut.

Ø Amalkan tidur yg mencukupi
Apabila tidur anda terganggu, hal ini dapat menyebabkan kitaran darah tidak lancar. Akibatnya rambut tidak mendapat nutrisi yang cukup dan menyebabkan rambut kusam. Oleh sebab itu, jangan bebani fikiran anda dengan hal-hal yang dapat mengganggu tidur anda.

Ø Gunakan produk rawatan rambut yang sesuai
Apabila menggunakan produk rawatan rambut, baca label pada produk tersebut. Hindari produk yang berbahaya seperti alkohol dalam konsentrasi tinggi kerana kandungan tersebut dapat merosakkan rambut. Apabila menggunakan produk tersebut, jangan terus gunakan ia pada kulit kepala kerana ia akan menyebabkan pori-pori kepala tertutup dan dapat merosakkan kulit kepala yang kemudian merosakkan rambut.

Ø Apabila ingin berenang,gunakan penutup rambut
Tujuannya adalah supaya rambut tidak mudah rosak akibat daripada air kolam yang mengandungi kimia yang dapat merosakkan rambut anda.

Ø Gunakan sisir/sikat daripada buatan kayu
Sisir yang diperbuat daripada kayu dapat mengurangi keguguran rambut. Kebersihan sisir juga perlu dijaga agar kotoran yang ada pada sisir tidak melekat pada rambut anda. Apabila anda menyikat rambut, gunakanlah sisir rambut yang sesuai untuk rambut anda.

Ø Pilih shampoo yang sesuai
Setelah meneliti jenis rambut, hal ini dapat memberi sumber bagi anda untuk memilih shampo yang akan dipakai. Pilih shampo yang berkualiti dan bersesuaian dengan rambut anda.


Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kesihatan rambut supaya rambut akan sentiasa kelihatan menarik dan menawan. Di sini saya hendak berpesan, janganlah memandang remeh terhadap penjagaan kecantikan ataupun kesihatan rambut anda. Rambut bagaikan mahkota kita semua.Oleh itu,janganlah abaikan penjagaan kesihatan rambut anda.

No comments:

Post a Comment