Tuesday, August 10, 2010

Kecantikan Kuku

Inilah gambar kuku yang sudah dihias dengan warna kuku yang sesuai

Kuku merupakan salah satu bahagian yang memerlukan perhatian bagi seseorang individu itu kelihatan hebat dan menarik, seperti muka yang perlu kelihatan cantik dan berseri. Kuku juga memerlukan penjagaan khusus agar sihat dan cantik tanpa gangguan penyakit seperti fungus.
Penjagaan kesihatan kuku sama pentingnya seperti pemeliharaan wajah yang memerlukan perhatian dan penjagaan seharian yang seharusnya dilakukan bagi mendapatkan kuku yang sihat sempurna. Kadang kala tabiat manusia boleh membawa kepada kerosakkan dan kecederaan kuku tanpa disedari.Bagi golongan wanita yang gemar mewarnakan kuku, menghias kuku, agar sentiasa nampak cantik dan menawan tanpa mengabaikan kebersihan dan kesihatan kuku itu sendiri.Mereka ini adalah sangat mementingkan kecantikan kuku mereka. Selain itu penjagaan kuku di rumah juga perlu, dimana anda boleh membuat sendiri pada bila-bila masa tanpa perlu pergi ke pusat-pusat kecantikan kuku,cara ini dapat menjimatkan wang dan masa terutamanya bagi golongan bekerjaya dan mempunyai waktu lapang yang terhad.
Amalan penjagaan kebersihan kuku dapat membantu seseorang individu mendapat kualiti kesihatan yang baik disamping memelihara kecantikan diri. Keyakinan dalam diri dapat dipertingkatkan apabila diri kita dalam keadaan sempurna dan terpelihara.


Ini adalah gambar jenis-jenis warna cat kuku

Bagi saya,ada terdapat banyak lagi warna-warna cat kuku ini dipasaran pada masa sekarang ini yang lebih cantik dari ini.Kita memilih warna cat kuku adalah bergantung kepada diri kita sendiri dan warna cat kuku ini juga kadang-kadang melambangkan jiwa seorang wanita.Jika seseorang itu mengecat kukunya warna merah jambu ini adalah melambangkan wanita ini seorang berhati lembut seperti kain sutera. Apabila anda mengecat kuku haruslah bersesuaian dengan sifat diri anda sendiri dan bersesuaian dengan pemakaian serta tempat anda.Jika anda pergi makan malam di rumah seorang kawan untuk sambutan hari jadinya,pakailah warna cat kuku yang sederhana terang sahaja.Jika anda dirumah pula,tidak perlulah menggunakan warna kuku kerana di rumah terdapat banyak kerja rumah yang harus dibuat.contohnya,kerja-kerja didapur,mencuci pinggan mangkuk,menyapu lantai dan sebagainya.Sebagai seorang wanita anda tidak lari dari kerja-kerja seperti ini.Maka tidak perlulah anda mementingkan kecantikan kuku semasa dirumah jika ada hari-hari yang tertentu sahaja perlulah.Ini hanyalah pendapat saya sahaja,kemungkinan bagi anda kecantikan dirumah juga penting.Tetapi bagi pendapat saya tidak.


Ini adalah gambar orang yang mengecat kuku

Bagi saya,jika mengecat kuku di kedai kecantikan kuku adalah sangat bagus kerana mereka adalah orang yang sudah mempunyai kemahiran dalam kecantikan kuku.Tetapi terdapat banyak juga keburukannya jika menghiasa kuku dikedai kerana bayarannya sangat mahal dan masa juga terbuang disana sahaja.Jika anda inginkan kecantikan kuku anda haruslah belajar untuk menghias kuku anda sendiri dirumah lebih menjimatkan masa lagi.


Terdapat makna tersirat yang berbeza melalui bentuk kuku seseorang. Kenalilah watak seseorang dengan melihat bentuk kukunya. Di bawah ini ada 4 bentuk kuku bersama tafsirannya...namun ini hanyalah andaian semata-mata.

1)Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku
yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

2) Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

3) Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

4) Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

No comments:

Post a Comment