Taman idaman saya adalah taman bunga. Saya adalah seorang gadis yang suka akan kecantikan tanam, terutamanya saya suka taman bunga.Ini adalah kerana saya suka melihat warna,corak,bau wangi bunga tersebut yang menarik perhatian saya.Sejak umur saya 9tahun lagi saya sudah minat dengan menanam pokok bunga dihalaman rumah kami dikampung.Bunga yang saya minat masa ini adalah bunga kuning,bunga tahi ayam,pokok inai,dan banyak lagi.Kebaikan untuk menanam pokok bunga ini adalah untuk menjaga alam sekitar kita,dan juga kesihatan kita semua.Bagi saya,jika sesebuah taman itu tidak mempunyai bunga di dalam taman tersebut,ia akan nampak tidak cantik dan keharmonian taman tersebut pun tidak menonjol.Selalunya bunga adalah sebagai perhiasan bagi sesebuah taman,begitu juga dengan seseorang wanita ia nampak tidak cantik kalau tidak memakai make-up untuk menghiasi dirinya tetapi jika cantik dari luar sahaja dalam hati adalah busuk tidak berguna juga sama juga seperti bunga jika nampak cantik tetapi berbau busuk dan rosak tidak guna juga.Oleh itu,rajin-rajinlah menanam pokok bunga dihalaman rumah anda supaya rumah anda akan menjadi perhatian dan cantik selalu.
Monday, April 4, 2011
Kecantikan Taman Idamanku
Tuesday, March 15, 2011

Bagi saya,kecantikan pantai ini adalah dari pasir yang bersih dan tidak mempunyai sampah sarap di merata tempat,nampak sekali pantai tersebut tidak terpelihara.Oleh itu,jagalah pantai kita dengan sebaik mungkin.
Seterusnya,selalunya kecantikan pemandangan dipantai dilihat dari segi pemandangan yang semula jadi contohnya pokok-pokok,serta batu-batu,kayu-kayu,dan rumput-rumput yang cantik sekali ditepi pantai.Tambahan lagi pantainya yang begitu luas sekali.Oleh yang demikian,ramai orang yang ingin pergi ke pantai mengambil masa untuk bercuti,membuat majlis perkahwinan,mandi manda dan banyak lagi lah aktiviti yang kita dapat buat disini.Kerana air laut yang sungguh cantik sekali ini juga dapat membuatkan jiwa kita semakin tenang sekali.
Monday, February 21, 2011
Kecantikan Pemandangan Dikampung HalamanKu (LONG MAKABAR)


Kecantikan pemandangan di kampung adalah sesuatu kecantikan yang semulajadi.Ini adalah kerana,kampung mempunyai alam semulajadi yang sentiasa terpelihara dan tiada pencerobohan berlaku contohnya penebangan hutan yang berleluasan.Maka disini saya ingin menekankan, " SAYANGILAH KAMPUNG DAN ALAM SEMESTA KITA".
Dikampung saya ini hanya terdapat air terjun,sungai,rumah panjang,rumah kebudayaan,rumah ibadat dan sekolah.

1.Air terjun.
:Air terjun ini jika dilihat ia sangat cantik,oleh itu kecantikan pemandangan air terjun ini ialah dari segi airnya dan pertubuhan hutan-hutan yang sangat cantik.. Jika air terjun tidak ada dikampung sya ini kampung akan nampak tidak sempurna.Inilah ciptaan Tuhan yang begitu ajaib.Kita harus bersyukur kepada tuhan atas ciptaannya ini untuk kebaikan kita semua didunia ini.

2.Sungai.
: Apabila kita melihat sungai ia begitu sangat indah sekali kerana ia mempunyai air,batu-batuan ,tumbuh-tumbuhan ditepinya maka ia nampak begitu indah sekali.Airnya pun sangat jernih sekali.Oleh itu,janganlah mencemari sungai kita.Peliharalah sungai kita ini dengan baik.Jika tidak sungai ini tidak lagi dipandang dan tidak disukai ramai.
3.Rumah Panjang:Rumah panjang adalah rumah orang pada zaman dahulu. Rumah panjang ini selalunya dihiasi dengan ukiran tradisonal orang ulu yang berbangsa kenyah.Dulu rumah panjang ini dibuat daripada atap daun sahaja dan dinding dibuat hanya daripada buluh.Sekarang ini zaman sudah berubah ,kemudiannya atapnya di buat daripada zink dan dinding pula dibuat daripada papan kayu yang bernilai.Tujuan rumah panjang ini dibina adalah untuk menunjukan kesatuan hati semua rakyat dikampung ini.Kecantikan kampung ini adalah ruainya yang begitu panjang dan seragam.
Monday, January 24, 2011
Lindungilah Kulit Anda Dari Cahaya Matahari

Kulit manusia merupakan bahagian yang paling penting bagi tubuh kita manusia.Luas permukaan kulit antara sekitar 1,6 meter persegi untuk seorang wanita, 1,8 meter persegi untuk seorang lelaki, membuat kulit menjadi organ tubuh paling besar dan luas dalam tubuh manusia. Namun, kulit dapat rosak terutamanya kerana sinaran matahari. Sinaran matahari pada kulit dapat menyebabkan kancer kulit. Oleh yang demikian bagaimana untuk melindungi kulit anda dari sinaran matahari dengan betul dan apakah kebaikan sinaran matahari terhadap kulit kita?
Kulit kita mempunyai sistem perlindungan alamai iaitu lapisan melanin. Semakin coklat warna kulit kita maka semakin tebal lapisan melanin pada kulit anda sehingga memberi perlindungan lebih banyak bagi kulit anda sehingga memberi perlindungan lebih banyak bagi kulit kita.Oleh kerana itu,orang di Afrika rendah sekali terkena kancer kulit kerana perlindungan mereka sangat kebal untuk menghadang radiasi ultraviolet (UV).Namun,bagi mereka yang berkulit putih memiliki lapisan melanin yang nipis.Oleh yang demikian,semakin putih kulit seseorang,semakin mudah terdedah oleh radiasi ultraviolet(UV).
Seperti mana yang kita tahu,sinaran matahari adalah sangat bahaya dari radiasi ultraviolet(UV) matahari,maka kulit perlu dilindungi walupun tubuh badan kita telah mempunyai sistem perlindungan alami.”Sunburn” akibat radiasi sinaran matahari boleh menjadi kancer kulit 20tahun kemudian atau lebih dari itu.Oleh yang demikian,perlindungan bagi kulit terhadap sinaran matahari perlu diperhatikan mulai dari sekarang.
Disini ada beberapa cara untuk melindungi kulit kita dari bahaya sinaran matahari serta mengurangi risiko terkena kancer kulit:
1.Elakkan terkena sinaran matahari antara pukul 10.00pagi sampai pukul 4.00petang kerana pada masa ini radiasi ultraviolet (UV) yang berbahaya sedang pada puncaknya iaitu pada masa matahari sedang terik-teriknya.
2.Sebelum melakukan aktiviti di luar,gunakanlah lotion perlindungan kulit supaya kulit kita tidak mudah kena “sunburn”.
3.Perlu pakai pakaian yang melindungi kulit seperti topi dengan bibir topi yang lebar ,kaca mata hitam,seluar panjang,baju berlengan panjang,ataupun jaket.
Lindungi kulit anda .
Sinaran matahari sangat penting bagi kehidupan dibumi.Namun,anda perlu memperhatikan dengan serius cara melindungi kulit anda dari sinaran matahari dengan mengambil langkah yang sesuai untuk melindungi kulit anda dari sinaran matahari supaya dapat mengurangkan kerosakan pada kulit.
Monday, January 17, 2011
kecantikan Wajah & tubuh
Bumi sedang mengalami perubahan suhu, menyebabkan perubahan cuaca menjadi lebih tidak menentu, kelembaban udara pun bertambah. Sinar matahari langsung menembus kulit kita. Ultra violet yang diserap kulit kita pun bertambah banyak. Regenerasi kulit akan lebih aktif. Pada saat ini kita sebaiknya lebih menjaga untuk merawat kulit kita, sehingga kondisi kulit tetap terjaga, mencegah penuaan dini dan menjaga kesehatan kulit. Bagaimana cara merawat kulit menghadapi perubahan cuaca ? Berikut beberapa tips untuk merawat kulit wajah dan tubuh:
Tips 1:Bersihkan Kulit Dengan Lembut
angin menerpa wajah, membuat kita merasa nyaman, tapi menyebabkan debu dan kotoran menyumbat pori-pori kulit kita, menambah tebal tumpukan sel-sel kulit mati serta kotoran di kulit kita. Oleh sebab itu perawatan kulit yang paling utama adalah bersihkan kulit .
Jika kulit dicuci tidak bersih, maka tumpukan sel-sel kulit mati akan bertambah tebal, muncul bintik-bintik hitam dan jerawat, hal ini menganggu penyerapan vitamin & nutrisi bagi kulit. Oleh sebab itu menjaga kebersihan kulit adalah perkara yang paling penting.
Untuk kebersihan kulit wajah, pilihlah pembersih wajah yang tidak menyebabkan kerosakkan pada kulit wajah, tidak mengandung bahan kimia yang berbahaya dan sesuai dengan jenis kulit anda.
Selain itu sesuaikan juga pembersih kulit dengan keadaan kulit kita, misalnya pada saat kita menggunakan make up tebal, pembersih kulit yang digunakan haruslah yang dapat membersihkan sisa-sisa make up dengan sempurna. Pada saat kita tidak menggunakan make up, pembersih yang digunakan dapat lebih ringan. Pada saat kondisi kulit berminyak & pada saat kulit kering, gunakan pembersih yang berbeza untuk kedua kondisi tersebut.
Indonesia termasuk wilayah beriklim tropis dimana suhu udara rata-rata termasuk tinggi.Sinar matahari yang terik dapat merangsang kelenjar minyak bekerja lebih aktif, namun kulit sering mengalami dehidrasi. Oleh sebab itu sebaiknya pilihlah produk perawatan kulit yang memiliki kandungan air yang tinggi untuk menjaga kelembaban kulit, mencegah dehidrasi kulit dan mencegah penuaan dini.
Tips 3:Gunakan Scrub Secara Teratur
Kotoran dan sel-sel kulit mati yang menyumbat pori-pori kulit, menyebabkan kulit tampak kusam dan tidak dapat bernafas lega serta mengurangi kemampuan kulit untuk menyerap nutrisi. Untuk menghindari hal tersebut, gunakan SCRUB atau LULUR secara teratur. LULUR atau SCRUB berfungsi sebagai amplas, yang mengangkat kotoran serta sel-sel kulit mati dengan sempurna, membuat kulit dapat bernafas lega &mampu menyerap nutrisi dengan optimal,serta merangsang pertumbuhan sel kulit baru lebih cepat. Kulit akan tampak bersih dan bersinar.
Gunakan Scrub atau LULUR dari bahan-bahan alami yang aman bagi kulit dan tidak menyebabkan alergi.
Tips 4:Bahan Komestik Pembantu
Jika kondisi kulit wajah atau tubuh Anda dalam kondisi kurang sehat, misalkan berjerawat, kusam atau terlihat kerutan dini, maka beberapa alternatip kosmetik perawatan atau pengobatan kulit bisa digunakan untuk mempercepat penyembuhan atau pemulihan kondisi kulit Anda.
Perlu diingat bahwa pemakaian jenis kosmetik perawatan atau pengobatan kulit tidak disarankan untuk pemakaian dalam jangka waktu yang lama untuk menghindari efek pemaksaan pigmentasi kulit. Setelah masa pemulihan, perawatan lanjutan dapat dilakukan dengan penggunaan mild soap atau bedak pelindung lain.
Tips 5:Hindari Sinaran Matahari Secara Langsung
Untuk menjaga kesehatan kulit sebaiknya hindari sengatan sinar matahari secara langsung, gunakan produk perawatan kulit yang mengandung SPF. Sesuaikan tingkat SPF dengan kebutuhan kulit anda. Jika anda beraktifitas di udara terbuka (outdoor) gunakan pelindung sinar matahari dengan tingkat SPF yang tinggi, tetapi jika anda berada di ruangan , tidak terkena sinar matahari secara langsung, gunakan pelindung sinar matahari dengan kadar SPF yang rendah. Kadar SPF yang tinggi memiliki kandungan minyak yang lebih tinggi sisi buruknya adalah menyumbat pori-pori kulit sehingga menghalangi kulit untuk bernafas lega.
Jadi hati-hati memilih pelindung sinar matahari, kadar SPF yang tinggi belum tentu sesuai untuk jenis kulit anda.
Tips 6:Perawatan Dalaman
Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik bukan hanya mengandalkan perawatan dari luar saja namun perlu diperhatikan juga perawatan dari dalam. Kulit juga memerlukan nutrisi, makanan yang banyak mengandung vitamin A, C, dan E sangat baik bagi kulit, selain itu istirehat cukup dan olah raga juga akan membantu pertumbuhan kulit dan berpengaruh pada kondisi kulit. Begitu juga dengan air, karena air adalah faktor yang sangat penting untuk menjaga kelembaban kulit, dan mencegah penuaan dini .
Kecantikan Kulit
Keadaan kulit anda mencerminkan kesihatan umum tubuh anda secara keseluruhan. Sebagai suatu organ, kulit tidak hanya menutup tubuh anda, kulit juga memberikan sistem kekebalan dan membantu anda mengurangi toksin. Untuk memperbaiki kesihatan anda secara keseluruhan dan demi kulit anda, ada empat hal penting yang seharusnya anda ketahui tentang memelihara kulit supaya kelihatan muda. Berikut adalah manfaat untuk anda:
1. Makanan
Anda mungkin tidak menyedari bahwa kulit terdiri dari protein. Sehingga penting untuk anda makan makanan cukup protein untuk membantu kulit anda memperbaiki kerosakan kulit secara teratur. Anda digalakkan untuk makan ikan beberapa kali seminggu begitu juga buah-buahan dan sayuran yang mengandung phytochemical dan antioksidan yang dapat menetralisir kerosakan sel kulit. Makan sayuran seperti bayam dan brokoli dan buah-buahan seperti jeruk.
2. Air
Air membantu kulit yang paling banyak. Digalakkan Anda minum sebanyak 8-10 gelas air sehari, Semua reaksi kimia di dalam sel terjadi dengan bantuan air. Jika Anda kekurangan air, anda tidak boleh mengambil keuntungan terbesar dari nutrisi atau membuang banyak toksin. Anda dianjurkan untuk tetap menjaga agar keperluan air mencukupi setiap saat dan minum sedikit-sedikit sepanjang hari.
3. Bersukan
Ketika anda bersukan, lebih banyak nutrisi yang dibawa ke kulit dan lebih banyak toksin yang terbuang. Bersukan juga akan memberikan anda banyak air peluh keluar karena anda menghabiskan kelebihan gula darah. Dan seperti yang anda ketahui, secara fizikal anda sihat, anda akan merefleksikan dalam kulit yang sihat pula.
4. Faktor Persekitaran
Polusi udara, bahan-bahan kimia yang kuat, kosmetik, cahaya matahari dan panas atau dingin yang berlebihan dapat merosakkan kulit yang membahayakan kesihatan kulit. Ketika kulit anda rosak, tubuh akan mengeluarkan lebih banyak sel-sel yang rosak, serangan sel yang berbahaya yang harus terus-menerus dicegah. Oleh itu, rawatlah kulit anda dengan baik dan kulit akan sentiasa cantik. Setiap kali kulit anda terbakar kena sinar matahari atau merasakan ketegangan setelah memakai lotion, bermaksud anda tidak melindungi kulit anda, ini sangat berbahaya.
.
Wednesday, January 12, 2011

Paling menyerlah ialah bahagian dashboard di dalamnya, kelihatan begitu bergaya, moden dan futuristik. Rekaan sebeginilah yang dimahukan bagi sebuah kereta moden dan nampaknya Hyundai memahami kehendak pasaran. Hyundai juga tahu bagaimana caranya untuk bersaing dengan kereta-kereta lain yang tidak kurang hebatnya, terutama dengan kereta-kereta buatan Eropah yang menawan. Enjin Elantra baru ini berkapasiti 1.6 liter yang akan menghamburkan kuasa sebanyak 138hp dan 166Nm tork, cukup berpadanan dengan saiz sebuah sedan dalam segment C ini. Terdapat pilihan kotak gear manual dan automatik. Menurut Hyundai, model Elantra terbaru ini mempunyai enjin yang lebih menjimatkan petrol, sesuatu yang tidak menghairankan bagi sesebuah kereta moden.
Tarikh bila ia akan dipasarkan dan berapa harganya masih belum diketahui. Apa yang boleh dijangka ialah harganya akan ditetapkan dalam lingkungan RM90k – RM100k, cukup kompetetif untuk bersaing dengan model lain seperti Honda Civic, Toyota Corolla, Chevrolet Cruze, Honda City dan Nissan Sylphy. Sekarang semua orang bercakap tentang model terbaru Hyundai seperti Elantra dan Sonata setelah muncul dengan rekabentuk yang menawan dan moden. Proton boleh mengambil iktibar dari kejayaan Hyundai dalam mengeluarkan model baru yang cantik menawan ini dan jika perkara itu berlaku, seharusnya Proton akan kembali menguasai pasaran kereta penumpang tempatan.