Monday, February 21, 2011

Kecantikan Pemandangan Dikampung HalamanKu (LONG MAKABAR)







Kecantikan pemandangan di kampung adalah sesuatu kecantikan yang semulajadi.Ini adalah kerana,kampung mempunyai alam semulajadi yang sentiasa terpelihara dan tiada pencerobohan berlaku contohnya penebangan hutan yang berleluasan.Maka disini saya ingin menekankan, " SAYANGILAH KAMPUNG DAN ALAM SEMESTA KITA".

Dikampung saya ini hanya terdapat air terjun,sungai,rumah panjang,rumah kebudayaan,rumah ibadat dan sekolah.



1.Air terjun.

:Air terjun ini jika dilihat ia sangat cantik,oleh itu kecantikan pemandangan air terjun ini ialah dari segi airnya dan pertubuhan hutan-hutan yang sangat cantik.. Jika air terjun tidak ada dikampung sya ini kampung akan nampak tidak sempurna.Inilah ciptaan Tuhan yang begitu ajaib.Kita harus bersyukur kepada tuhan atas ciptaannya ini untuk kebaikan kita semua didunia ini.

2.Sungai.
: Apabila kita melihat sungai ia begitu sangat indah sekali kerana ia mempunyai air,batu-batuan ,tumbuh-tumbuhan ditepinya maka ia nampak begitu indah sekali.Airnya pun sangat jernih sekali.Oleh itu,janganlah mencemari sungai kita.Peliharalah sungai kita ini dengan baik.Jika tidak sungai ini tidak lagi dipandang dan tidak disukai ramai.

3.Rumah Panjang
:Rumah panjang adalah rumah orang pada zaman dahulu. Rumah panjang ini selalunya dihiasi dengan ukiran tradisonal orang ulu yang berbangsa kenyah.Dulu rumah panjang ini dibuat daripada atap daun sahaja dan dinding dibuat hanya daripada buluh.Sekarang ini zaman sudah berubah ,kemudiannya atapnya di buat daripada zink dan dinding pula dibuat daripada papan kayu yang bernilai.Tujuan rumah panjang ini dibina adalah untuk menunjukan kesatuan hati semua rakyat dikampung ini.Kecantikan kampung ini adalah ruainya yang begitu panjang dan seragam.