Monday, May 2, 2011

kecantikan ruang tamu


Bagi saya kecantikan ruang tamu adalah sangat penting,ini adalah kerana ruang tamu adalah tempat melayan tetamu,istirehat sebagai tempat berehat dan berinteraksi antara ahli keluarga contohnya, membaca surat khabar dan menonton televisyen dan sebagainya.

Kebersihan ruang tamu ini adalah sangat penting juga kerana ini adalah tempat untuk tetamu kita oleh itu,kita haruslah hormat kepada tetamu dengan membersihkan ruang tamu dan sediakanlah satu bekas tong sampah kecil di bawah meja tamu kita untuk elakkan daripada membuang sampah sebarang dan memudahkan kita sendiri juga supaya kita tidaklah berulang-alik ke dapur untuk membuang sampah yang kecil sahaja.

Selain daripada itu,kita juga harus bijak untuk menghiasi ruang tamu kita dengan meletakkan perabot yang sesuai.Contohnya,meja,sofa,bunga hiasan meja,gambar hiasan dinding dan sebaginya.Semuanya ini boleh menarik perhatian tetamu dan boleh memberi ketenangan bagi jiwa mereka.

No comments:

Post a Comment