Monday, April 4, 2011

Kecantikan Taman Idamanku


Taman idaman saya adalah taman bunga. Saya adalah seorang gadis yang suka akan kecantikan tanam, terutamanya saya suka taman bunga.Ini adalah kerana saya suka melihat warna,corak,bau wangi bunga tersebut yang menarik perhatian saya.Sejak umur saya 9tahun lagi saya sudah minat dengan menanam pokok bunga dihalaman rumah kami dikampung.Bunga yang saya minat masa ini adalah bunga kuning,bunga tahi ayam,pokok inai,dan banyak lagi.Kebaikan untuk menanam pokok bunga ini adalah untuk menjaga alam sekitar kita,dan juga kesihatan kita semua.Bagi saya,jika sesebuah taman itu tidak mempunyai bunga di dalam taman tersebut,ia akan nampak tidak cantik dan keharmonian taman tersebut pun tidak menonjol.Selalunya bunga adalah sebagai perhiasan bagi sesebuah taman,begitu juga dengan seseorang wanita ia nampak tidak cantik kalau tidak memakai make-up untuk menghiasi dirinya tetapi jika cantik dari luar sahaja dalam hati adalah busuk tidak berguna juga sama juga seperti bunga jika nampak cantik tetapi berbau busuk dan rosak tidak guna juga.Oleh itu,rajin-rajinlah menanam pokok bunga dihalaman rumah anda supaya rumah anda akan menjadi perhatian dan cantik selalu.



No comments:

Post a Comment