Sunday, November 28, 2010

Teknik tona warna bilik tidur

Susunan Katil
Memang menarik apa yang boleh kita lakukan dengan sedikit perubahan warna. Mengecat atau kemasan kertas dinding sesebuah bilik mampu merubah kawasan kediaman anda sepenuhnya. Bergantung pada warna, ia boleh menimbulkan perasaan yang berbeza, meringankan atau menggelapkan sebuah bilik atau menyerlahkan perabot dalam bilik itu.
1. Sebelum anda mengecat, dapatkan beberapa contoh kad warna yang membantu anda sebelum memutuskan sesuatu warna. Pastikan juga anda mengambil kira perabot yang berada di dalam bilik. Serlahkan bilik anda dengan satu warna yang menyerlahkan pola-pola atau warna bagi perabot. Ia harus sama dengan perabot dan bukan membayangi ia.
2. Tren-tren terkini hari ini banyak kearah yang cerah, warna-warna bersemangat dengan bilik setiap satu bercat satu warna yang berbeza. Ini benar-benar menjadikan setiap bilik timbul dan teserlah. Jika anda gemar satu gaya gelap atau klasik jangan pula buat kesilapan dengan dinding-dinding kuning air. Warna itu lembut tetapi terlalu kebudakan.
3. Selain dari diatas, tren ikutan hari ini dengan mengecat satu dinding sahaja didalam bilik. Bagi saya ianya satu idea yang menarik bagi bilik-bercahaya-cantik menambah warna didalam bilik tanpa mengecat keseluruhan bilik. Ia nampak lebih bersih dan comel.
4. ubah suai bilik juga satu aktiviti riadah. Serlahkan kreativiti anda untuk terjemahkan diri anda… Siapa diri anda? apa yang anda mahukan? terjemahkannya pada bilik tidur anda. Warna yang anda letakkan didalam bilik tidur juga mampu mengubah perasaan “moods” setiap kali anda didalamnya.
Tiada yang peribadi selain bilik anda. Hiasi sebaik-baiknya, letakkan gambar saat-saat kegembiraan anda dengan keluarga atau kekasih. Gantung atau letakkannya diatas meja solek sebagai pengubat ingatan rindu padanya.

Ceriakan bilik tidur.


Bilik tidur adalah ruang untuk persendirian.Kedudukan bilik tidur biasanya terletak jauh dari ruang sosial yang lain,fungsinya supaya pengguna ruang tamu tidak diganggu oleh aktiviti di ruang sosial. Bilik tidur ada beberapa jenis mengikut kegunaannya iaitu bilik tidur utama yang digunakan oleh pemilik rumah, bilik kedua terdiri dari bilik anak bujang atau bilik tidur kanak-kanak dan bilik tidur tetamu. Semua bilik tidur itu memerlukan beberapa keperluan bagi menjadikan bilik tidur berfungsi dengan baik.Bilik tidur boleh dikatakan sebagai penawar jiwa dan raga kerana inilah satu-satunya ruang privasi pemilik rumah beristirehat selain ruang untuk menukar pakaian dan tempat menghias diri. Selain itu, ia juga diguna untuk berbincang secara privasi dan membaca.Bilik tidur adalah ruang untuk memulakan hari kita, jika hendak memulakan hari yang ceria maka kamar tidur mestilah kita ceriakan dulu. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengatur bilik tidur dengan baik dari segi kedudukan, susun atur, pemilihan bahan, skima warna dan aksesori dalamannya.Jika kita lakukan dengan baik kita akan berasa lebih lega dan nyaman di dalamnya dan ini tentu sekali akan menceriakan ruang kamar tidur dan hari kita.

1.Lokasi bilik tidur utama
Bagi golongan muda yang masih kuat dan bertenaga, lokasi bilik tidur tidaklah menjadi isu utama dalam rumah yang mereka diami terutama jika rumah yang mereka miliki itu sebuah rumah teres dua tingkat sederhana.Pihak pemaju sudah menentukan bilik tidur utama berada di tingkat atas kerana tingkat bawah hanya cukup untuk ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik utiliti. Bagi pemilik yang sudah berusia lokasi bilik tidur utama ini adalah perkara utama yang harus diambil kira.Kebanyakan mereka mahukan bilik tidur berada di tingkat bawah kerana mudah untuk keluar masuk tanpa terpaksa memanjat tangga yang tinggi apabila tua atau sakit.Lebih baik lagi jika bilik tidur berhampiran dengan dapur kerana mudah untuk mengambil minuman apabila dahaga. Maklum sajalah apabila sudah pencen, anak pun sudah dewasa dan kebanyakan mereka tidak tinggal bersama lagi kerana inginkan kebebasan atau sudah berumahtangga.Jadi, semuanya kena buat sendiri. Sememangnya bilik air juga haruslah bercantum dengan bilik tidur ini untuk memudahkan ke tandas. Alangkah baiknya jika bilik juga mempunyai tingkap atau pintu berkaca yang menghadap sebuah taman hijau kecil untuk menyejukkan suasana dan menyamankan pengaliran udara.Ini akan membantu mengurangkan tekanan jiwa mereka yang terpaksa duduk di dalam bilik tidur untuk jangka masa lama kerana sakit. Bunyi desiran air mengalir juga akan membantu sebagai terapi jika diintegrasikan ke dalam taman berkenaan.
2.Aksesori kamar tidur utama
Apabila kita sakit dan tidak dapat keluar dari bilik tidur, kita pasti akan berasa bosan dan ini boleh menyebabkan tekanan jiwa yang tinggi dan melambatkan proses pemulihan.Corak dan warna juga memainkan peranan dalam membina mood bilik tidur.Selain mempunyai pemandangan luar yang redup dan nyaman, kita juga memerlukan kelengkapan lain seperti TV.Jika barangan ini menjadi keperluan, eloklah disediakan perabot yang sesuai untuk aksesori sama ada pasang siap atau ditempah dan tentu sekali ia ditempatkan bertentangan kaki katil supaya kita boleh berehat sambil menonton rancangan kegemaran.Biasanya, di bahagian kiri dan kanan katil, kita akan meletakkan meja sisi yang dihiasi lampu meja di atasnya untuk membaca sebelum tidur. Meja sisi ini haruslah cukup lebar bukan hanya untuk menempatkan lampu, tetapi alat lain seperti telefon bilik, alat kawalan jauh dan paling penting ialah makanan dan minuman ketika sakit.Ramai yang selalu lupa apabila sakit, kita sudah tidak larat lagi untuk bangun ke dapur. Semua keperluan harus berada berhampiran dengan kita, maka perabot yang kita pilih juga haruslah menyediakan ruang mencukupi untuk keperluan tersebut.Bagi makcik dan pakcik yang sudah biasa dengan tandas cangkung pula haruslah mencuba menggunakan tandas duduk. Hasil soal selidik yang dijalankan secara tidak formal, golongan tua lebih suka menggunakan tandas duduk kerana tidak meletihkan otot badan ketika ke tandas.Mungkin pada peringkat permulaan berasa agak kekok, tetapi percayalah kalau kita sudah tua dan uzur, tandas duduk lebih kurang membebankan. Jadi, apabila kita merancang untuk memilih aksesori tertentu, kita haruslah memikirkan keadaan yang esktrim sekali iaitu aksesori penyeri tingkap.Sebaiknya, kita haruslah menggunakan langsir dua lapis dengan satu lapisan yang jarang dan satu lapisan lagi tidak telus cahaya. Ini kerana ada masanya apabila kita sakit, cahaya matahari menjadi masalah utama apabila terlalu terang dan silau.Jadi, kita haruslah menyediakan aksesori tingkap yang dapat menapis cahaya matahari ini dan pada waktu yang lain memberi kita peluang menikmati pemandangan di luar dengan keadaan lebih terkawal.
3.Pengaliran udara semula jadi
Apabila kita sakit atau tua, udara semula jadi yang nyaman adalah paling baik untuk tubuh kita. Udara dari pendingin hawa adalah udara yang dikitar semula berulang kali dan tidak begitu menyihatkan walaupun menyamankan kerana suhu rendah.Paling ideal untuk tubuh kita adalah yang mengalir bebas dengan rongga ventilasi yang membolehkan udara masuk dan keluar dengan sendirinya tanpa menggunakan kaedah mekanikal atau elektrikal.Ini memerlukan sentuhan seorang arkitek yang bijak dalam soal reka bentuk efektif dan jarang sekali kita temui keadaan ini kerana mereka lebih mementingkan estetik daripada fungsi.Maka, tugas juru reka dalaman adalah untuk memulihkan keadaan ini supaya penghuni rumah berkenaan dapat menikmati pengudaraan yang efektif tanpa pendingin hawa. Namun, pemilik rumah juga harus sedar akan kepentingan ini kerana ramai juga pemilik rumah hanya mencari jalan mudah dengan memasang pendingin hawa.Bagaimanapun, tidak salah untuk memasang alat itu kerana kita mempunyai alternatif sama ada hendak dihidupkan atau dimatikan pada waktu tertentu.
4.Bilik terancang penghuni riang
Persekitaran kita haruslah mampu membantu dari segi mental, fizikal dan spiritual. Kerana itu ia harus dirancang dan direka dengan mengambil kira aspek rasional dan bukan mengikut kehendak trend atau emosi semata-mata.Skema warna bagi kamar tidur haruslah dipilih dengan bijak kerana kita harus memikirkan juga keadaan tertentu yang kritikal seperti hari tua atau sakit. Jika sesuatu warna itu lebih menimbulkan tekanan emosi dan mental dari sudut kesihatan, mengapa harus kita ikut orang lain semata-mata kerana tren atau fesyen. Ingatlah - ini rumah, bukan ruang komersial.

Thursday, November 11, 2010

Kecantikan Bilik Tidur




Pendapat saya tentang kecantikan bilik tidur.

Adakah anda mementingkan kecantikan bilik tidur anda?

Ya.Saya seorang yang mementingkan kecantikan bilik tidur .Bilik tidur saya diibaratkan sebagai istana ataupun kotak harta karun.Sebuah istana haruslah dijaga dengan baik,pastikan bilik tidur sentiasa terkunci supaya barang berharga anda tidak dicuri atau diambil tanpa meminta kebenaran walaupun dia adalah seseorang yang kamu kenal.

Seperti kes yang telah berlaku antara saya dan adik saya sendiri.Adik saya selalu masuk bilik saya tanpa meminta kebenaran saya terlebih dahulu,ini akan membuatkan saya sangat marah dengan dia kerana dia ambil barang saya sebarang tidak meminta izin terlebih dahulu..Saya paling benci orang yang berperangai seperti ini.Bukan itu sahaja,dia juga telah membuatkan bilik saya berselerak.Ini akan membuat saya terpaksa mengemas bilik saya semula.

Cerita diatas ini memberi pengajaran dan teladan bagi kita semua dan cerita ini adalah kisah benar.Disini saya ingin menggalakan anda semua untuk mementingkan kecantikan bilik tidur anda serta kebersihan bilik tidur anda.Anda haruslah tahu cara-cara untuk mencantikan bilik anda. Perabot yang mana yang sesuai dalam anda,warna apa yang sesuai,tanggungjawab anda adalah paling penting.Jika anda tidak ada tanggungjawab terhadap kecantikan dan kebersihan bilik tidur maka kotorlah bilik anda dan kecantikan bilik anda juga tidak cantik lagi.