Tuesday, October 19, 2010

Pada pendapat saya,kecantikan baju ini adalah terdapat pada corak,jenis kain,bahan-bahan yang dilekatkan pada baju tersebut.Disini saya hanya ada 3 jenis baju yang saya ada Iaitu,baju orang ulu,baju kurung,dan baju chongsam.

Baju orang ulu.

Wanita orang Ulu banyak menggunakan manik dan labuci sebagai penyeri pakaian. Pakaian ini dibuat dari baldu berhias labuci motif aso dan naga. Subang telinga iseng dari tembaga bagi melanjutkan telinga yang menjadi kebanggaan bagi wanitanya.

BAJU ORANG ULU juga dikatakan (sapai ta’ah) dalam bahasa kenyah.Kecantikan baju orang ulu ini terdapat pada ukirannya yang dijahit pada baju tersebut.Terdapat banyak jenis ukiran yang perlu pada setiap baju,iaitu ukiran harimau.Ukiran harimau ini membawa maksud orang yang gagah dan perkasa.

Baju ini nampak lebih cantik kalau kita memakai pakaianya dengan set sekali.Inilah gambar pakaian orang ulu yang lengkap. Baju ini dipakai semasa ada perayaan,majlis-majlis tertentu,contohnya majlis perkahwinan.

Pengantin lelaki Orang Ulu menggayakan sunong dan bah (beg kaum ulu) berhias manik serta perhiasan kepala daripada bulu binatang dan anyaman manik. Pengantin perempuan Orang Ulu pula menggayakan busana dipanggil basung dan ta'ah berhias labuci dan lavung doh, iaitu hiasan kepala yang menarik.
Baju kurung.

Manik-manik halus garis leher baju kurung
Pada masa ini, walaupun dipotong dari Baju Kurung masih sama, untuk menambah keanggunan lebih lanjut, warna dan pesona gaun,manik yang dijahit dan ditambah ke gaun itu.Berbagai motif biasanya bunga berwarna-warni, yang manik di bahagian bawah dan kedua-dua sisi bahagian depan kancing gaun.Manik-manik kadang-kadang ditambah untuk mencipta cahaya, bersinar dengan gaun itu.

Baju cheongsam

Pada zaman 1950an, wanita dalam tenaga kerja di Hong Kong mula memakai cheongsam yang diperbuat daripada kain skhlat, twill, dan bahan-bahan lain. Kebanyakannya adalah muatan jahitan dan sering diperagakan dengan jaket sepadan. Gaun-gaunnya adalah fesyen tradisi Cina dengan gaya moden. Cheongsam umumnya diganti dengan pakaian yang lebih selesa seperti baju panas, seluar jean, sut dan skirt bisnes. Oleh kerana sifat terhadnya, ia kini pada umumnya dipakai sebagai pakaian rasmi untuk upacara penting. Pakaian ini juga sering dilihat dalam pertandingan kecantikan, bersama dengan baju berenang. Pakaian ini hanya dipakai dalam kehidupan seharian bagi sesetengah orang, ia sebagai suatu seragam.

Wanita dalam permainan video sering memakai cheongsam, oleh itu peragawati boleh memakai cheongsam pada waktu pertunjukkan. Cheongsam biasanya diperbuat daripada getah atau sutera, mencerminkan warna untuk menangkap fokus kamera, dengan lengan pendek dan bahagian bawah cheongsam ke pertengahan paha. Ia biasanya dipakai dengan sarung kaki dan kasut putih.

Pakaian ini dibuat dalam warna terang, dijahit hanya di atas lutut, dengan jaket sut kain sakhlat muatan tutup pada warna yang sama dengan cheongsam. Para pekerja memakai stoking dan kasut tumit rendah.

Cheongsam ini biasanya lurus, dengan tiada bentukan pinggang, dan potongan cheongsam harus mencapai pertengahan paha. Cheongsam muat hampir ke leher, dan kolar keras dicangkuk dekat, sungguhpun cuaca lembap dan panas tropikal. Walaupun skirt tersebut pendek, pakaian ini terlalu ketat untuk dipakai para pemakai yang mempunyai langkahan yang besar. Skirt bawahan adalah kapas putih penuh slip, dijahit pendek sedikit daripada cheongsam, dan dipotong sebelah tepi seperti cheongsam, walaupun potongan lebih dalam.

Ramai pelayan di restoran Cina di seluruh dunia memakai sut dan skirt setengah, khususnya penerima, memakai seragam cheongsam. Cheoangsam ini (digelarkan qipao di China) panjang, selalunya panjang hingga ke kaki atau ke lantai. Ia mempunyai potongan tinggi di bahagian pinggang atau pinggul, dan biasanya tidak berlengan. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada sutera atau satin yang berwarna terang dengan sulaman kaya Cina.

Tuesday, October 12, 2010

Kecantikan Baju

Disini saya hanya ada 3 jenis pakian tradisional yang saya gemari :
1.Baju orang ulu.

Pendapat saya tentang baju orang ulu.
Pada pendapat saya,pakaian orang ulu ini sangat terkenal di negeri SARAWAK.Pada zaman dahulu,inilah pakaian orang ulu.Pakaian ini boleh menunjukkan bangsa mereka masing-masing dari segi pakaian sahaja.
Bila Melayu ada potongan pakaiannya sendiri, dan bila cina ada cheongsamnya, mulalah orang pikir bahawa Orang Ulupun mesti ada cop pakaiannya sendiri. Mereka ingat senang. Masalah timbul sebab orang orang ulu ini, walaupun sama sama ulu dan sama sama berbulu, ada suku yang belum pandai tanam padi. Kalau memburu, kira boleh tahanlah. Anak anak anjing mereka lihat lebih berharga dari anak sendiri. Mereka ini mana pernah ada pakaian rasmi. Menaripun mana ada dendangnya. Ini pulak nak sebut pakai pakaian ada nama sendiri. Pakai cawat, adalah, tapi mana kita mauk terima sebagai pakaian. Itu bukan pakaian namanya. Itu pelapek anu saja. Jadi, macamana kamu orang nak suruh semua semua suku ulu ini kata 'ini pakaian kamu orang'.
2.Baju kurung.

Pendapat saya tentang baju kurung.
Baju kurung ini juga sangat terkenal di Malaysia.Pakaian ini boleh dipakai oleh sesiapa sahaja.Saya tengok kebanyakan orang sering menggunakan baju kurung untuk pergi temuduga,kesekolah,dan sebagainya.Selalunya,baju ini dipakai oleh guru-guru,pekerja dipejabat,pelajar kolej,dan sebagainya.Bagi saya, baju ini sangat sesuai dipakai oleh semua gadis mereka akan nampak lebih ayu.
Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian. Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

3.Baju Cheongsam.

Pendapat saya tentang baju cheongsam.
Pada pendapat saya,baju ini selalunya dipakai pada perayaan Tahun Baru Cina,dan sebagainya.Baju ini sesuai juga dipakai dimajlis perkahwinan,makan malam bersama keluarga,dan sebgainya.

Cheongsam

Cheongsam adalah pakaian wanita dengan corak bangsa Tionghoa dan menikmati kesuksesan dalam dunia busana internasional.
Nama “Cheongsam” berarti “pakaian panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi Guangdong di Tiongkok. Pada daerah lain, termasuk Beijing, dikenal dengan nama “Qipao”, yang terdapat asal usul dibelakangnya.
Pada awal bangsa Manchu (Dinasti Qing) menguasai Tiongkok, mereka mengorganisasi rakyat, terutama bangsa Manchu, ke dalam “panji” (qi) dan disebut “rakyat panji” (qiren), yang lalu menjadi sebutan bagi seluruh bangsa Manchu. Wanita bangsa Manchu mengenakan pakaian yang lalu dinamakan “qipao” atau “pakaian panji”. Revolusi tahun A.D. 1911 menggulingkan kekuasaan bangsa Manchu, namun kebiasaan pakaian wanita bangsa Manchu tetap bertahan, kemudian dikembangkan dan menjadi pakaian tradisional wanita bangsa Cina.
Mudah dikenakan dan nyaman, bentuk pakaian Cheongsam sesuai dengan bentuk tubuh wanita bangsa Tionghoa. Leher tinggi, lengkung leher baju tertutup, dan lengan baju boleh pendek, sedang atau panjang, tergantung musim dan selera. Memiliki kancing di sisi kanan, bagian dada longgar, selayak di pinggang, dan dibelah dari sisi, yang kesemuanya semakin menonjolkan kecantikan dari wanita yang mengenakannya.
Cheongsam tidak terlalu mudah dibuat. Tidak pula memiliki banyak perlengkapan, seperti sabuk, atau selendang.
Kecantikan lain dari Cheongsam adalah dapat dibuat dari berbagai macam bahan dan memiliki keragaman panjang, dapat digunakan secara santai atau rasmi. Juga menampilkan kesederhanaan dan keanggunan, kemewahan dan kerapian. Tidak mengherankan banyak disukai oleh wanita, tidak hanya di Tiongkok namun juga di negara-negara lain di dunia.